Pindaan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (2015)

Oleh: Ir. Dr. Muhammad Arkam Bin Che Munaaim

Terdapat beberapa pindaan pada Akta Pendaftaran Jurutera (1967) -2015 yang secara amnya boleh disebut sebagai satu manifestasi ke arah globalisasi/liberalisasi khususnya setelah penerimaan Kerajaan terhadap polisi Free Trade Agreement (FTA) bagi memenuhi kehendak dan peraturan antarabangsa.

Sekali imbas, bagi maksud seorang Jurutera Profesional:

Terminologi: 

i) Jurutera Profesional (PEng)-Tidak boleh sebagai Submitting Agent.

ii) Jurutera Profesional dengan Sijil Amalan (PEng+PC)-Submitting Agent.

 

Ringkasan Pindaan:

1) Pengenalan kepada pendaftaran 2 tier berbanding 1 tier sebelum ini.

2) Peringkat pertama seorang Jurutera Siswazah, setelah melepasi kehendak minima latihan lapangan boleh memohon sebagai Jurutera Profesional dengan Lembaga Jurutera Malaysia dan jika LULUS, beliau perlu pula mendapatkan Sijil Amalan (Practicing Certificate, PC) melalui satu proses ujian yang dinamakan Professional Competency Examination (PCE), jika ingin mengamalkan perniagaan dan perkhidmatan Perundingan Kejuruteraan Profesional.

3) Jika beliau di (2) di atas memilih untuk TIDAK mengamalkan atau menjalankan perniagaan Perundingan Kejuruteraan Profesional, beliau tidak perlu mendapatkan PC dan hanya dibenarkan BEKERJA di bawah seorang PEng+PC atau mana-mana pekerjaan lain yang tidak  melibatkan praktis dan amalan Perkhidmatan Perundingan Kejuruteraan.

4) Hanya PEng+PC sahaja dibenarkan untuk paktis dan menjalankan perniagaan Perkhidmatan Perundingan Kejuruteraan selepas pindaan ini dikuatkuasakan.

5) Akta ini bakal terpakai kepada semua Jurutera Profesional tetapi Jurutera Profesional sedia ada diberi masa setahun selepas akta ini dikuatkuasakan untuk memohon perlepasan peperiksaan bagi mendapatkan Practicing Certificate, PC (BEM NEWS, Ingenieur, Vol 62 April -June 2015, halaman 6)

6) Jurutera Profesional baru selepas akta ini dikuatkuasakan perlu melalui peperiksaan PCE untuk memohon PC sebelum beliau boleh melibatkan diri sebagai pengamal (Practice) perniagaan Perkhidmatan Perundingan Kejuruteraan, atau memilih untuk tidak memohon PC tetapi TIDAK boleh menjalankan perniagaan Perkhidmatan Perundingan Kejuruteraan atas namanya.

7) Demikian ringkasan pindaan tersebut (khusus bagi PEng status pasca pindaan) yang mana salinan penuh Pindaan Akta tersebut boleh diperolehi dari SINI.

Selain pindaan di atas, Pindaan 2015 REA juga melibatkan Engineering Technologist (yang kemudiannya boleh juga berdaftar sebagai Jurutera Siswazah BEM seterusnya sebagai PEng dan PEng+CP), Inspector of Works dan perubahan kepada keperluan firma atas perubahan kepada PEng dan PEng+PC tadi.

Dengan kata lain, pindaan ini juga BAKAL membolehkan semua graduan Teknologi Kejuruteraan (Engineering Technology) berdaftar sebagai Jurutera Profesional di Malaysia setelah melepasi semua kelayakan dan mengambil semua peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Semoga penjelasan ini memberi manafaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

28 Julai 2015