Geological Site Visit to a Limestone and Dolomite Quarry

IMG_20171010_120844IMG_20171010_095436IMG_20171010_094421

Lawatan Tapak Geologi ke Kuari Batu Kapur dan Batu Dolomit

 

Pada 10 Oktober 2017, satu lawatan tapak geologi telah diadakan bertempat di kuari batu kapur Sungai Batu Pahat dan kuari batu dolomit Chuping, Perlis. Lawatan ini telah dijalankan bagi memenuhi keperluan kursus EAT152 – Kejuruteraan Geologi bagi pelajar Tahun 1 program Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS).

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepelbagaian struktur tanah geologi yang terdapat di negeri Perlis. Selain itu, lawatan ini bertujuan menghubung kait di antara teori geologi yang diajarkan semasa kuliah dan juga keadaan sebenar batu – batuan di lapangan.

Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke kuari batu kapur kepunyaan syarikat PENS Holding Sdn. Bhd. yang terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Kunjungan ke kuari batu kapur amatlah penting memandangkan batu kapur meliputi kebanyakan kawasan di negeri Perlis. Di sini, pelajar pada mulanya diberi taklimat keselamatan dan operasi oleh pegawai yang terlibat. Seterusnya, pelajar dibawa ke tapak kuari di mana mereka melihat sendiri proses kuari batu kapur yang berlaku di situ serta dibenarkan mengambil sampel batu sebagai bahan rujukan.

Berikutnya, para pelajar dibawa ke kuari batu dolomit kepunyaan syarikat Northern Dolomite Sdn.Bhd. yang terletak di Chuping, Perlis. Di sini, pelajar turut diberi peluang melawat ke sekitar tapak kuari bagi melihat sendiri kawasan batu dolomit. Satu-satunya kawasan batu dolomit yang terdapat di Malaysia itu telah diterokai oleh para pelajar, di samping mengutip sampel batu untuk dibawa pulang.

Secara keseluruhan, lawatan tapak geologi ini telah memberi banyak manfaat kepada para pelajar dengan menarik minat pelajar untuk mempelajari kursus dengan lebih mendalam. Oleh demikin, diharapkan lawatan tapak seumpama ini dapat diteruskan untuk masa hadapan.

 

Disediakan oleh : Ilya Joohari 

 

 

Geological Site Visit to a Limestone and Dolomite Quarry

 

On 10th October 2017, a geological site visit was held at Sungai Batu Pahat limestone quarry and Chuping dolomite quarry, Perlis. This visit was conducted to meet the requirement of EAT152 – Engineering Geology for Year 1 students of the Civil Engineering program under the School of Environmental Engineering (PPKAS).

The purpose of the visit was to provide students with exposure on the diversity of geological land structures in the state of Perlis. Additionally, the visit was aimed at linking the geological theories taught during lectures as well as the actual conditions of rocks in the field.

The tour started with a visit to limestone quarry belonging to PENS Holding Sdn. Bhd. located in Sungai Batu Pahat, Perlis. A visit to limestone quarries is important as limestone covers most areas of Perlis state. Here, the students were initially briefed on the safety and operation by the officers involved. Subsequently, the students were taken to the quarry site where they saw the process of limestone quarry occurring there and were allowed to take stone samples as a reference material.

Next, the students were brought to the dolomite stone quarry belonging to Northern Dolomite Sdn.Bhd. located in Chuping, Perlis. Here, students are also given the opportunity to visit around the quarry site to see the dolomite stone area themselves. The site which was the only dolomite rock area found in Malaysia was explored by students, as well as collecting samples of stones to be taken home.

Overall, this geological site visit has given many benefits to students by attracting them to learn more about the course. Therefore, it is hoped that such site visits will be continued in the future.

 

Prepared by: Ilya Joohari